Page Visitors

Followers

If you think this blog is helpful, do like it please...

Monday, January 16, 2012

Pakcik Teksi yang nakal dengan sebungkus telur

Salam and Hi,

Once in a while, a funny story in Bahasa Malaysia.

My brother’s motorcycle broke down today. I had to take a taxi and the driver told me this story.

Waktu itu sudah lebih kurang pukul enam. Saya mahu pulang. Sebungkus telur, dalam sepuluh biji saya beli untuk masak makan malam. Saya letakkan telur itu di atas kerusi ‘co-driver’. Dalam perjalanan pulang, sekumpulan pelajar wanita menahan teksi. Saya bertanya mahu kemana. Ke Giant, kata mereka. Kebetulan tempat itu ke arah yang saya tuju.

Mereka pon masuk ke dalam teksi. Saya menjenjeng plastik telur itu untuk memberi ruang kepada salah seorang daripada mereka untuk duduk di depan. Lalu datang akal saya untuk mengusik mereka.

“Adik boleh tolong pakcik tak?”, kata saya kepada gadis yang duduk di depan.

“Tolong ape pak cik?” gadis comel itu bertanya.

“Tolong pegangkan telur pak cik,” kata saya selambe.

Apa lagi, rakan-rakanya di belakang ketawa berdekah-dekah. Gadis itu pula merah mukanya menahan ketawa sambil mencapai bungkusan telur itu. Yang dibelakang, ibarat ingin pecah perut mengajuk gadis di depan itu. Saya pun turut ketawa. Saya usik lagi melihatkan die memegang cermat bungkusan itu.

“Elok kamu jaga telur pak cik ya”

Bertambah nyaringlah tawanya kami satu kereta.

 

- pakcik teksi selayang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogroll